tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 12 Februari 2014


Berapa Harga Sultan Johor Jual Singapura Kepada British?

Saya telah berjanji  "menterjemah" berapakah nilai Pulau Singapura yang dijual kepada British oleh Sultan Johor.

Agak sedih dam memalukan apabila membaca kandungan perjanjian itu.

Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 — menyerah sepenuh kedaulatan dan hak … untuk selama-lamanya …

Orang Johor, sila baca

Antara yang menyedihkan...

Perkara III
Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol, bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepanyol, dengan gaji bulanan sebanyak tujuh ratus (700) Dolar Sepanyol sepanjang hayatnya.
Jadi berapa banyakkah 33,200 + 26800 dolar Sepanyol itu?

Saya bukanlah pakar dolar sepanyol, akan tetapi ada sedikit mengkaji sistem kewangan lama dalam cubaan mengembalikan matawang berasaskan komoditi seperti dinar dan dirham di muka bumi ini.

Saya tidak pasti samada ketika berlakunya perjanjian 1824 itu, wang kertas digunakan atau wang perak.

1 dolar sepanyol adalah bersamaan 8 real. Ianya juga dikenali sebagai "piece of eight".
Menurut buku "Brunei and Nusantara History of Coinage", terdapat satu gambar wang dollar sepanyol 1761, yang juga dikenali sebagai "Ringgit Meriam" atau "Pillar Dollar". Namun dalam buku itu tidak menyatakan beratnya.

Berapa berat wang perak 1 dolar sepanyol itu?
Ada pihak yang mengatakan ianya 27.47 gram, bukan perak tulen tetapi hanya 93% sahaja,

Spesifikasi matawang dolar sepanyol juga digunakan untuk membuat matawang perak rupee di India, Peso di mexico dan Yuan di China.

1 dollar Amerika pula adalah 1 aun perak, 31.1 gram.

Berbalik kepada Sultan dan temenggong Johor yang menjual Singapura itu, Jumlah yang mereka berdua dapat, tidak termasuk gaji ialah 33200+26800 = 60000 Dollar Sepanyol.

Jika didarabkan dengan gram perak, maka ..
(33200+26800)*27.47 = 1648200 gram
= 1648.2 kilogram

Jadi mereka berdua memperolehi sebanyak 1.6 tan perak.
memang banyak, tetapi tidaklah cukup banyak untuk sebuah pulau yang besar.

1648.2 kilogram perak 93% , perak tulen hanyalah 1532.826 kg.

Pada catatan ini ditulis, (4 jun 2009)
Harga sekilo perak tulen adalah, 349 euro atau 493 USD.

Jadi Harga Pulau Singapura dijual oleh Sultan Johor dan temenggong ialah.
534,956.274 Euro (baca: 534 ribu Euro)
atau
755,683.218 USD (baca: 755 ribu USD)

Tak sampai 3 juta Ringgit Malaysia sekarang.

Sultan Hussain Muhammad Shah berpindah ke Melaka pada 1834, hanya 10 tahun selepas perjanjian itu.
Kalau baginda dapat 1300 Dolar sepanyol sebulan, maka untuk 12 kali bagi 10 bulan (anggaran) ialah
143000 dollar sepanyol, lebih kurang 3653235.30 gram perak.
bernilai 1801045 USD (baca 1.8 juta USD)
atau 1274979 Euro (baca 1.2 juta Euro)

Tiada ulasan:

Catat Komen