tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 31 Oktober 2012



Kena bodoh dengan Adnan Yaakob, MB Pahang. [Video Inside]

Nak dapat anak ramai kena sekali? Awak ingat dapat anak sorang cucuk sekali je ke? BODOH.

Hah amek kaw.


kah kah kah


Agak kotor la pemikiran MB Pahang. Aku tak gemar. 

Walaupun sebenarnya takde la besar sangat pun tapi elok la dia gunakan perumpamaan lain.
 Bukan sekali bahkan 2 kali gak dia mengulang ayat2 kotor macam tue. 
Mungkin orang lain rileks2 jek kot dengar. Tapi aku rasa agak kegelian sikit bila dia cakap begitu. 
Mungkin sebab dia tue sendiri memang mengelikan kot.

Heheeh..


Tapi kan aku respect juga la bila seseorang slumber je sound MB Pahang ; 



Awak ingat kawan neh mengoyang telur ke dok sini? <-- Adnan Yaakob.
Lebih kurang la.. <-- Orang asli.

kah kah kah


kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Ini video nya. 


Yang sebenarnya kes piket hari tue. Yang sebelum neh aku tengok versi yang dah di edit. Ini versi panjang. Mula2 dia approach cara baik. Kiranya dia neh jenis terbuka dan demokrasi la juga. Tapi cara dia bercakap tue kurang sesuai dengan status dia sebagai MB. Sekarang bila dah tengok dia begini aku dah boleh bayangkan kenapa dia tunjuk isyarat mencarut. Tak heran beb.

Wakaka..


 

UMNO Kedah hina Najib dalam lawatannya ke Tanjung Dawai Kedah.


Tahun lepas didalam tarikh hari yang lebuh kurang sama,, ikut bulan islam,, Najib dan Rosma serta kuncu-kuncunya berada di Mekah kerana melaksanakan fardhu haji di Mekah..

Rasanya kita semua masih ingat bagaimana isu haji ajib menjadi kontoversi, bermacam hal,, sehingga kerja hajinya di Arafat pun dipertikaikan oleh Mufti Perlis...


SUNGAI PETANI, 29 Okt -- Kain rentang yang menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipasang di Pekan Tanjung Dawai di sini, hari ini.
Perdana Menteri akan melawat pekan Tanjung Dawai semasa membuat lawatan rasmi ke negeri Kedah pada hari Rabu ini.
Beliau juga akan merasmikan program perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini sebelum berlepas ke Langkawi dan menghadiri program perasmian penjenamaan semula Langkawi sebelum membuat lawatan ke Pulau Tuba.
--fotoBERNAMA(2012)HAKCIPTA TERPELIHARA

Dan sekarang hangpa boleh tengok kat banner tu,, kesian Najib,, penat-penat pi buat kerja haji tahun lepas,, tup-tup title haji tiada,sedangkan ruang nama pangkat gelarannya masih ada ruangan untuk ditulis Haji...Dan yang tak sedap mata memandang,, title kat arwah ayahndanya ada pula nama Haji....
Apakah UMNo Kedah sendiri tak ikhtiraf Naji Najib....!..

Khamis, 25 Oktober 2012


KANTOI! Punca Najib Altantuya Ponteng Sidang Parlimen Terbongkar!



Dalam kesibukan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya menteri dan timbalan menteri berhempas-pulas menjawab soalan bertulis dan lisan yang dikemukakan ahli parlimen Pakatan Rakyat, rupanya perdana menteri Najib Altantuya ponteng sidang semalam semata-mata mahu bertarung dengan pemain golf nombor dua dunia, Tiger Woods!

Kejohanan yang dianjurkan oleh CIMB milik adiknya, Nazir Razak memperlihatkan betapa Najib Altantuya hanya menghabiskan wang pembayar cukai tanpa memikirkan nasib jutaan rakyat yang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga.


Diadakan di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, Selangor, Najib Altantuya sebelum ini pernah menyatakan hasrat sedemikian bagi meraikan kehadiran bintang golf terkemuka dunia itu yang kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia 13 tahun lalu, ketika itu untuk Piala Dunia.


Beraksi satu 'flight' dengan Woods serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dan adiknya, Nizam Razak, Najib Altantuya seakan tidak mempedulikan apa yang terjadi kepada menteri dan timbalan menterinya terus diasak bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir semalam.


Dengan penuh semangat, Najib Altantuya menghabiskan saingan kesemua 18 lubang di lapangan yang menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij menawarkan hadiah tunai keseluruhan USD6.1 juta (RM18.66 juta) itu.


Pergerakan Najib Altantuya dan Woods jelas paling mencuri tumpuan apabila langkah mereka diikuti dari mula sehingga ke lubang yang terakhir.


Kumpulan pemain Malaysia pertama mendapat penghormatan beraksi bersama legenda golf dunia itu ialah dua jaguh pro veteran negara, M. Ramayah dan P. Gunasegaran, apabila digandingkan satu 'flight' dengan Amerika Syarikat sewaktu Piala Dunia di lapangan yang sama pada 1999.


Selain berentap dengan Woods, Najib Altantuya turut meluangkan masa bertemu dengan beberapa pemain profesional lain yang menyertai kejohanan berkenaan.


Walaupun hadir bagi merasmikan kejohanan golf tersebut, Najib Altantuya seharusnya lebih prihatin dengan masalah negara berbanding menghabiskan masanya sehari suntuk bermain golf kununnya sudah lama mengidam mahu bertanding menentang Woods.


Tidak bolehkah Najib Altantuya singgah sebentar di parlimen melihat sendiri bagaimana pencacai-pencacainya terus ditekan dengan soalan demi soalan hingga satu ketika timbalan menteri kewangan, Awang Adik Hussin terpaksa berhenti dari menjawab soalan lisan atas alasan demam padahal tidak pula mendapatkan sijil sakit sebelum itu?

Inikah contoh dan sikap seorang pemimpin yang kununnya mendahulukan rakyat padahal apabila diasak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, membincangkan isu dan masalah rakyat, Najib Altantuya terus diam membisu seribu bahasa?

Ternyata apa yang diungkapkan Najib Altantuya cuma manis di bibirnya yang merah saja sedangkan kehidupan rakyat marhaen terus diabaikan kerajaannya.

MP Umno Belasah UMNO: Ada Individu Sabah Terima 1 juta Saham Felda!


Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda", demikian lapor malaysiakini.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.

"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.

"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.



Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.

"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu.

"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri.

Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.

Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mahu kerajaan membuat siasatan menyeluruh dan mendalam tentang pengagihan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), KeadilanDaily dipetik.

“Ia bukan soal Sabah atau di mana-mana, ia soal ketelusan,” kata Ahli Parlimen Batu itu kepada Keadilan Daily.

“Saya turut terkejut dengan kenyataan Ghapur itu, jelas ada pilih kasih dalam pengagihan tersebut.

“Justeru, kita juga perlu siasat di Semenanjung Malaysia sama ada perkara yang sama turut berlaku,” katanya.

Rabu, 24 Oktober 2012

PANAS!!!: Wajah 14 Orang Wakil Rakyat UMNO N9 yang WAJIB DITAMATKAN PERKHIDMATAN | Oleh: Blogger UMNO





Banyak na cerito, banyak na skandal, banyak na rungutan. Nak dikisahkan satu persatu, berkajang-kajang. Dipendekkan cerito, harap orang ateh tu pepaham la yo. Inilah wajah-wajah yang elok bona tak dijadikan semulo calon tambatan BN untuk PRU-13 di N9 kelak. Tapi kok BN berhajat bona nak kalah...dipersilokanlah amik risiko.



































































Oghang tetuo ado koba..."Ado tak menambah, takdo tak mengurang!" Balaci wakil rakyat yang tersenarai kek ateh tu, jangan teraso lak yo...sobab individu tak ponting, tapi parti yang lobih ponting! Kok memasing sodar diri, elok la pakat-pakat berundur...sobolum kono humban..
- paneh miang

p/s- Tak yah tukar oghang, tukar parti jo jang!

Sedarkan Pakcik Makcik Kita ..Melaka Nak Bangkrap







Berdasarkan kepada Laporan Audit Negara tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia berkaitan Hutang Kerajaan Negeri Melaka kini telah meningkat sebanyak 865.94 juta. Bayangkan kerajaan yang melebelkan diri mereka sebagai Negeri Maju 2010 menyimpan hutang untuk kita semua rakyat negeri Melaka sebanyak 12.87 juta. Sepanjang pentadbiran Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam, Kerajaan negeri hanya mampu menyelesaikan bayaran hutang sebanyak 0.18 juta sahaja. Maknanya Negeri Melaka kini berada diambang bangkrap dan Hutang yang selebihnya dibebankan kepada semua rakyat Negeri Melaka sama ada penyokong kerajaan Negeri atau Penyokong Pembangkang.Jika Anda Sayangkan keluarga Anda, Negeri Anda, Selamatkan Negeri Melaka daripada Regim Barisan Nasional Melaka .. Ubah Jangan Tak Ubah ..Pesanan Solidariti Anak Muda Malaysia Melaka

Selasa, 23 Oktober 2012

BESAR SANGAT KE TIMBALAN PERDANA MENTERI NI.??SAMPAI DATANG JEMENTAH
NAIK HELICOPTER LEPAS TU SEMUA BENDERA PAS DAN PAKATAN RAKYAT DI CABUT
PADAHAL BENDERA TU DI MARKAS PAS CAWANGAN JEMENTAH..BUKAN DI TEPI JALAN.
                                MARKAS PAS CAWANGAN JEMENTAH NI BARU DI BUAT OLEH
                               AHLI PAS JEMENTAH NAK BAYAR SEWA PUN DARI SUMBANGAN
                               AHLI SENDIRI..BELOM LETAK SIGN BOARD LAGI..BARU BENDERA
                                                      DAH KENA SERANG...
                            HABIS ROSAK DIMUSNAHKAN OLEH MONYET MONYET
                                     YANG KONON PEJUANG ISLAM DAN ANTI DAP..


                                   PERKATAAN ABAI PADA PINTU PAS  JEMENTAH..
                                   KALU BERANI KITA BERDEBATLAH DGN FAKTA..BUKAN BUAT KIJE                                     MCM PONDAN SIam..TEMBOK DINDING MANA BOLEH CKP.. NAK MARAH MOYET KEPALA MANUSIA..PELIKLAH KLU JADI PENAKUT NI..KELAKIAN TU BG IKAN PIRAHNA MAKAN LG BAGUS..
                         HABIS DI SEPAHKAN OLEH MONYET ZAMAN MODEN..SELALU SIAPA YANG PAKAI PERKATAAN TIBAI NI KECUALI PERKASA JE YG GUNA AYAT TIBAI NI..PERKATAAN
BODOH DAP ANTI ISLAM..CHIA SOO LEK TU PENAUNG ISLAM KE..??HINA ISLAM TERANG TERANG DEPAN NAJIB PUN NAJIB WAT TAK TAHU..KAHKAH..KAH..BODOH PUNYA KIJE
                                        HASIL KERJA BODOH KAH..KAH..KAH..
              NI LAGI SATU BANER YG PALING BODOH DI BUAT..TAPI TELAH DITURUNKAN OLEH AHLI PAS JEMENTAH..
                       15 PERKARA YANG DITULIS TU SEMUA BALIK PADA UMNO..KAH  ..KAH..KAH
         KERJA BODOH

Isnin, 22 Oktober 2012


Najib Bakal Jadi Duta Di Mongolia Selepas PRU13?







Najib tak akan dipenjara, tapi jadi duta di Mongolia- Anwar

JOHOR, 21 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai ‘duta di Mongolia’.

“Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting.

“Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia,” katanya sambil disambut hilai tawa lebih 6,000 hadirin di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Johor di Sutera Mall, Taman Skudai Utama, Skudai semalam.

Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN.

“Pemberian mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat.

“Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan ‘edan’, iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila,” katanya disambut gelak ketawa 300 hadirin.

Majlis Minum Petang itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan pimpinan KEADILAN serta Pakatan lain. -KD


Anwar: Najib Perlu Undur Demi Keselamatan Diri Dan Negara.

JOHOR BAHRU, 21 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur secara baik demi keselamatan diri dan negara ekoran pencapaian yang mengecewakan sepanjang tempoh pentadbiran beliau.

Bercakap di hadapan hampir 6,000 hadirin di tempat letak kereta Sutera Mall, Skudai dekat sini, Anwar menjelaskan, Najib hanya pandai memperlekeh kebolehan pentadbiran PR di Selangor dan Pulau Pinang sedangkan hutang negara telah mencapai RM 500 billion.

“Najib kata kita ‘tidak pandai’ mengurus. (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim perintah, kita ada lebihan kewangan.

“‘Pandai’ Najib urus negara, hutang negara sudah sampai RM500 billion,” katanya sinis pada ceramah perdana siri Jelajah Merdeka Rakyat Johor semalam.

Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan berlangsung dalam masa terdekat.

Hadir sama dalam jelajah ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan wakil kepimpinan Pakatan Rakyat Johor.

Tegasnya, sekarang merupakan masa terbaik untuk rakyat Malaysia terutamanya di negeri Johor untuk menolak sentimen perkauman Umno-BN dan bangkit membuat perubahan.

“Kepada rakyat, ini bukan soal pimpinan. Ini hasrat rakyat. Sudah cukup sudah rasuah dan fitnah.

“Saya beritahu orang Melayu di sini, yang hilang kuasa bukan Melayu tetapi pemimpin Umno yang rasuah.

“Ini perubahan terpenting kerana berhadapan Melayu yang lebih yakin,” laung Anwar.

Anwar turut mengulangi fakta tentang prestasi kewangan dan urus tadbir baik yang ditunjukkan oleh negeri PR seperti di dalam laporan Ketua Audit Negara.

Jelas Anwar, belum pernah negara yang muflis sekiranya hasil pendapatannya diagihkan secara sama rata seperti pemberian skim rakyat di negeri pimpinan PR sejak tahun 2008.

Anwar turut mengulangi isi kandungan Buku Jingga antaranya penurunan harga minyak dalam tempoh 24jam selepas mentadbir Putrajaya selain menyediakan modul pinjaman pendidikan lebih baik berbanding skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

-selangorku.

Ahad, 21 Oktober 2012


'Ingat bapak dia punya jet?' - Anwar Ibrahim - Zulaikha Zulkifli




Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat. 

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.

"Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik.

"Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam," katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.

Isu berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet (Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif Pakatan.

"Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri.

Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan tersebut.

Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anwar.

Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat, Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam.

Beliau juga dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam. 
 

MEREKA BERSAMA KITA Pakatan Rakyat Kini Pada Kedudukan 'Majoriti Mudah'!


Apakah yang dimaksudkan dengan majoriti mudah?

Takrifan yang paling sesuai adalah seperti berikut:

Parlimen Malaysia kini mempunyai 222 kerusi di seluruh negara.

Untuk memperolehi majoriti mudah, sesebuah pakatan politik mesti memenangi sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah tersebut, atau 111 kerusi (222 bahagi 2 = 111 kerusi).

Ini bermakna pakatan politik yang hendak menubuhkan kerajaan persekutuan mestilah mempunyai lebih 111 kerusi iaitu mesti berkelebihan sekurang-kurangnya satu kerusi berbanding pakatan politik lain (112).

Keyakinan tersebut berdasarkan kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah.

Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu.

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak, bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi.

“Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku.

“Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Najib Altantuya telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

“Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif,” katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator.

Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya.

Menurutnya, Najib Altantuya dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet.

“Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan.

“Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih-lebih lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali,” ujarnya.

Takiyuddin pula berkata, Najib Altantuya menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat setelah menduduki kerusi perdana menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Mahathir Mohamad lapan bulan, Hussien Onn kurang dua tahun.

Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain.

“Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN,” tambahnya

Fathul Bari Suruh Umno Keluar BN




SHAH ALAM – Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak boleh dijadikan  bahan untuk dipolitikkan.

“Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam.“Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.

Jelasnya, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu.Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan agama sebagai isu mereka.

"Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno, semua menghadapi masalah yang sama.“Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,” katanya.Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan.

Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain. ~sinar
Walaupun kini sedang berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara ATM dengan Kelantan, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini berada di Kulai dalam satu majlis makan malam anjuran DAP sempena Jelajah Merdeka Rakyat yang bermula hari ini di parlimen Yong Peng.
Anwar yang ditemani Pengerusi DAP, Lim Kit Siang hadir dalam majlis tersebut yang dihadiri lebih 2000 penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi dewan di Restoran Tropical Garden di Taman Tropika.



Selepas majlis tersebut Anwar akan bergerak ke Skudai dalam parlimen Gelang Patah bagi menyampaikan amanat penting kepada rakyat Johor Bharu khususnya dan negeri Johor amnya.
Ketibaan Anwar bakal disambut ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang sudah menanti kehadiran bas dua tingkat milik KEADILAN itu yang tiba di tapak ceramah di Taman Sutera Utama di Skudai yang pernah menyakiskan 850 meja dalam majlis makan malam habis ditempah di tempat yang sama.
Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mahfodz Mohamad, Pengerusi KEADILAN negeri yang juga Naib Presiden, Chua Jui Meng, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi DAP negeri, Boo Cheng Hau, Exco Kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dan ahli parlimen Jelutong, Liew Chin Tong. 
Untuk mengikuti lintas langsung ini sila klik pautan di bawah.


Selamat menonton.

Bukti Umno dan MCA tolak agama ....






Selepas Presiden MCA, Chuah Soi Lek memperlekehkan perlaksanaan Hukum Hudud, kini Ketua Pemudanya, Wee Ka Siong pula menyerang PAS.
Katanya , PAS cuba mengembalikan negara ini ke zaman gelap dengan melaksanakan negara teokratik, satu sistem politik feudal.
Wee berkata bahawa negara-negara Eropah telah menghabiskan beribu-ribu tahun untuk memisahkan politik dari agama.
"Hanya selepas pemisahan politik dan agama, dapat menyaksikan kelahiran Renaissance dan akhirnya Revolusi Perindustrian" katanya.

Wee memberitahu kira-kira 600 perwakilan bahawa ia akan jadi bahan ejekan jika PAS berusaha untuk memperkenalkan semula sistem yang telah ditinggalkan oleh dunia.
"Kita mesti ingat bahawa demokrasi dan hak asasi manusia yang kita ada hari ini adalah hasil daripada pemisahan politik dan agama.
"Kita tidak harus membenarkan PAS memundurkan kita semula ke belakang.Ideologi ini mesti ditolak oleh rakyat negara ini, "katanya.

Beliau juga membidas di ketidakselarasan DAP mengenai isu hudud, mengatakan bahawa pengerusi parti itu, Karpal Singah dan penasihatnya, Lim Kit Siang pernah membuat pendirian yang kuat terhadap undang-undang hudud, tetapi tidak kepimpinan semasa.
"Generasi baru kepimpinan dalam DAP telah mengubah pendirian mereka dengan mengatakan bahawa tidak perlu untuk takut kepada sebuah negara Islam selagi anda tidak mencuri atau merompak," katanya di sini



Jumaat, 19 Oktober 2012

Video MB Pahang Ajak Orang Asli Bertumbuk Tersebar..













Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, beliau sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkahlaku Adnan dan menuntut Menteri Besar (MB) itu menuntut maaf dengan OA.“Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'.




“Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat,” tegasnya.




Beliau berkata demikian kepada media mengulas kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB.




Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB.









Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera




“Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli”,




“Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli” dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka.




Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf.




Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut.




“Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain.




“Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami.




“Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti,” katanya.




Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang ~ harakahdaily




Lihat video di SINI.

Rabu, 17 Oktober 2012

Apa Rahsia Hassan Ali Dakwa Ingin Terus Bersama PAS?









Hasan Ali: Saya tetap dengan PAS, tak akan masuk Umno

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di Besut, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Beliau berkata ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PAS akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden PAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.-Bernama

Ulasan GB

Kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah!

Apa rahsia Hassan Ali buat pengakuan masih tetap dengan PAS sekalipun beliau telah dipecat dari PAS?

Apakah ia agenda UMNO supaya Hassan Ali terus membuat pengakuan tersebut dan dengan itu UMNO akan terus dapat memperalatkan Hassan ALi untuk menarik pengikut-pengikut PAS untuk mendengar "ceramah"nya menghentam PAS.

Orang siuman mana yang boleh percaya Hassan Ali mengeluarkan belanjanya sendiri untuk bercakap di pentas-pentas UMNO tanpa ditaja oleh pihak UMNO sendiri

Stupidsss... Idiotsss... Moronsss umnooooo.... hahahaha...!!!!


>> WEDNESDAY, OCTOBER 17, 2012


Petikan di bawah ni... tanpa ada rasa belas dan simpati gua rembat sepenuhnya dari blog sahabat iaitu Dango Mamamat, sebabnya gua kagum dengan kebahalolan makhlukyang Petah bercakap nih... dengan pemikiran zaman 50an dan daya usahanya untuk membantut serta membonsaikan pemikiran orang2 Melayu zaman Millenium. Jom layan kebodohan di bawah ni dulu....

Saya telah melawat ke istana ini (Istana Iskandariah, Kuala Kangsar). Saya sedih, kerana tidak dijaga dengan rapi. Seorang penjaga memberitahu saya, oleh kerana kontrektor baik pulih istana ini tidak menggunakan kayu - kayu jenis baik, dalam istana ini telah dinaiki anai - anai.

Khazanah - khazanah di dalamnya telah diangkut keluar. Ada yang dibawa ke Ipoh dan Kuala Lumpur, tetapi tidak tahu di mana tempatnya. Saya hairan, mengapa Kerajaan Negeri Perak tidak menaruh perhatian yang serius kepada istana bersejarah ini. Istana ini ada beberapa faktor yang baik untuk orang Melayu dan orang Islam:

1 - Pada zaman Sultan Iskandar, diadakan majlis baca Quran dan membaca Yasin.
(Dalam Masjid pun selalu diadakan baca Quran dan Yasin... so.. apa spesiaaaalnya... baca dalam Istana...???)

2 - Jin kerajaan (Jin Islam yang menjaga Sultan Perak, Sultan Iskandar dan Sultan Idris Shah mempunyai angkatan beribadat dalam istana ini. Kemudian setelah istana Iskandariah dibina, mereka pindah ke sana. Menurut Sheikh Abdullah Fahim dan Haji Khalid, tidak sebarang orang boleh tinggal di sana. Kalau salah orang, jin - jin itu mengganggu.
(a: Percaya kepada yang ghaib wajib, tapi jangan sampai berkawan dengan makhluk2 tuuu... takda faedahnya dan apatah lagi jika bergantung harap pada makhluk hina tu... kan bodoh namanya.
b: Jin Islam jaga Sultan Perak...??? apakah Sultan Perak tak yakin dengan perlindungan Allah sehingga mengharapkan bantuan makhluk untuk menjaga mereka... 2 kali bangang...!!!!
c: Offcourse... laaa... takda orang lain boleh tinggal kat situ pasal yang ada sekarang nih bukan Sultan original... Jin mana kenal anak angkat siam wooiii... hahahaha...)

3 - Istana ini ada unsur sejarah dan budaya Melayu lama.
(Yang ni no komen... pasal ada nostalgianya... hehehehe... lantak pi kat hangpa laaa...)

4 - Bumbungnya ada lima, sebagai menandakan rukun Islam lima perkara.
(Pasal dok ingat rukun Islam jer... Rukun Iman tak ingat...??? Sebab tuuu... berkawan dengan Jin.. kena tanya Mufti Perak bab Iman nih... pasal dia pun subahat sama buat upacara shakehand dengan Jin... muakakakaka...)

5 - Kata Allahyarham Haji Mat Saman Kati (guru agama Islam kepada Sultan Idris Shah: Kalau istana ini tak dijaga dengan baik, kalau ia runtuh, akan ada alamat tidak baik kepada kerajaan Negeri Perak.
(Payah... payah... wa cakap lu... apabila mengaitkan nama2 besar dalam bidang agama nih dengan perkara2 bahalol nih.... tapi kalau runtuh sekalipun istana tuuuu... bina semula laaaa... apa mau susah...)

Mat Saman Kati nih... lu memandai2 jer... buat citer istana runtuh bro...
tak baeekkkk... woooo... hahahaha....!!!!
Wooiiii... mangkuk berayun, lu punya cerita boleh jual dalam utusan melayu tahun 70an..., sekarang nih ramai golongan saluran 1 yang taksub dengan tahyol biol macam nih dah padam beb... dah innalillah... dan tak tau la apa nasib diorang kat bawah sana kerana taksub berkawan dengan Jan.. Jin... Jun.... hahahaha....

Wahai melayu2 moden sekalian.... lu orang masih nak percaya dan masih nak berkawan dengan Jin...???? Itulah Adat Budaya melayu yang paling bangang dan tidak berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah... dan itulah khurafat bawaan puak2 umno dari dulu, kini dan selamanya....!!!!

Selagi parti umno tak dihapuskan... selagi itulah adanya melayu2 bangang seperti ini... tapi mengaku Islam beb... pong.. pang.. pong.. pang mengaku Ahlul Sunnah Wal Jamaah lagi wa cakap luuuuu.... hahahaha... stupidsss... idiotssss... Malayssss umnooooo.... hahahaha...!!!!

Nota: Kata nak ikut Nabi SAW... tapi tak ikut pun contohnya... kelentong jelah Mufti-Mufta dan Ketua Agama Islam yang sokong Kerajaan Jin nih... hahahaha...!!!!

Selasa, 16 Oktober 2012

ALLAHYARHAM TUN RAZAK MEMBERITAHU YANG ANAKNYA NAJIB KAKI PEREMPUAN....LAYAKKAH BELIAU SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA???






Bagaimana seorang individu yang tidak dapat memahami konsep yang ringkas dan terang boleh berada di kedudukan mengurus dan memimpin negara? Lihatlah kegagagalan skim MyFirst Home dan keputusan terbaru memansuhkan skim saraan kakitangan kerajaan,selain dari kegagalan yanglain-lain.

Dilancarkan setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.Bagaimana Najib boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian, seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran rumah?Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar berbagai-bagai keperluan seperti makanan,pengangkutan dan perbelanjaan lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal.

Walaupun Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan,beliau ada penasihat,pakar,ahli-ahli dan 1.4 juta kakitangan kerajaan untuk beliau mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan memancing pengundi terutamanya golongan muda. Najib bergantung kepada skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam PRU ke 13.tetapi ianya menjadi satu kegagalan.

Hal yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan majoriti- sangat luas. Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13.

'Popularity poll' that went unnoticed and incompetent advisers


Tidak mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan, hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat ke 69%.Dakah ianya sesuatu yang dibuat-buat?Adakah kerana bagaimana soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian meragukan dikalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya dengan keputusan man-mana kajian

Najib gagal kerana beliau terlalu jahil.Beliau terus meletakkan orang yang salah di kedudukan yang tinggi.Mereka yang perlu membantu beliau dalam program transformasi ,tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan nya.

Ah Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk memancing pengundi Cina.Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib.


Dana 1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mem[unyai latarbelakang yang meragukan.1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang,Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang harga belian yang terlalu tinggi.

Tambahan pula,program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah tahu.Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah hutang negara terus naik.

Satu lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal, tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana pengambilalihan oleh pakar pasaran saham.

Tetapi akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula dengan nasihat dari orang-orang yang salah,akan membawa kepada kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka, ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit.

Rekod buruk Najib


Sejak Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos,Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan.

Kemudian beliau di pilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda,28 tahun pada tahun 1982.Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apap-apa yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu,Malaysia dan juga kedudukan politiknya sendiri.

Sepatutnya pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden dan membangun,pemimpin yang peka,prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat. Seorang Perdana Menteri yang boleh dibangga kan oleh rakyat.

Kaki perempuan dan pertemuan dengan Rosmah Mansor


Najib bergelumang dengan skandal peribadi sebagaimana yang diberitahu oleh bapanya kepada seorang diplomat asing pada satu jamuan minum the. Razak membeirtahu anak lelakinya kaki perempuan sejak dari zaman universiti. Kemudian ada dakwaan khalwat bila dia ditangkap apa yang tidak sepatutnya dilakukan denganseorang penyanyi di Port Dickson.

Najib juga terlibat dengan kontroversi bila meninggalkan isteri pertamanya untuk berkhawin dengan isteri orang, Rosmah Mansor. Ada yang menyalahkan Rosmah ,yang mata duitan sebagai faktor utama dalam keputusan politik Najib.Tapi sama sepeti pasukan penasihat nya, Rosmah yang boros,terburu-buru dan agresif hanya sebahagian dari masalah Najib.

Tanggungan terbesar Najib ialah dirinya sendiri, kekurangan fokus,intelek dan keupayaan untuk mengenal dan memilih yang terbaik. Inilah sebab beliu sentiasa dalam kesusahan dan alasan nya sentiasa beliau tidak mendapat nasihat yang betul..Beberapa kali hal ini berlaku ,sebbelum rakyat sedar hanya orang jahil dan bodoh shaja akan sewenang nnya dan kerap kali tersilap.

Altantuya dan zaman mewah Najib di Kementerian Pertahanan


Masih terbayang bayang dalam kepadanya seperti kata-kata Damocles ialah pembunuhan Altantuya Shaaribu, dimama Rosmah dituduh terlibat. Sudah tentu 2 bekas pengawla peribadi yang didapati bersalah atas tuduhan tersebut. Najib dan kawan baiknya Razak Baginda juga dituduh mengambil secara tidak jujur RM570 juta wang imbuhan dari syarikat gergasi menjual senjata Perancis DCN kerana bersetuju mmebeli kapal sleam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia

Semasa Najib sebagai Menteri Pertahanan,beliau terlibat dalam pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar berjumlah RM2.3 billion,walaupun Brazil membayar hanya RM4.5 juta untuk 50 unit model yang sama.Najib juga memantau pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi dari Rusia bernilai RM3.2 billion, dimana komisen dibayar kepada syarikat Malaysia IMT Defence, pada kadar 12 peratus dari belian atau RM380 juta. Jumlah sebesar itu untuk menjadi orang tengah. Tapi Najib terlepas kerana UMNO.

Semasa zaman mewah beliau sebagai menteri pertahanan, Najib juga terlibat dalam skandal PSC-Naval Dackyard,dimana kontrak diberikan kepada PSCpada tahun 2004 untuk membekalkan bot patrol kepada tentera laut.harga kontrak meningkat dari harga asal RM5.35 billion kepada RM6.75 billion menjelang Januari 2007.Lebih buruk lagi,hanya 2 bot yang rosak dari 6 buah yang sepatutnya.Dan 298 aduan direkodkan berkenaan 2 bot tersebut yang didapati masing-masing terdapat 100 dan 383 item tidak lengkap.

Rasuah dan perkauman makin buruk


Ikrar Najib untuk memerangai rasuah ternyata palsu. Najib membuatkan amalan rasuha makin teruk dalam 3 tahun lepas belaiu menjadi PM selepas Abdullah Badawi dalam tahun 2009.

Dibawah pemerintahanya ,Proton terus dalam kerugian dengan rugi bersih RM88.2 juta untuk suku ketiga berbanding RM68.1 juta yang dicatat dalam masa yang sama satu ketika dulu. Perolehan merosot ke RM1.43 billion berbanding RM1.83bil dahulu>MAS juga mengalami kerugian walau terdapat kerjasama kontroversi dengan Air Asia.Kerugian tidak dapat dibendung,dan kerugian RM2.5 bil diumumkan minggu lepas.

Sekarang Najib bergantung kepada platform 1Malaysia untuk menyatupadukan negara,beliau gagal meraih respon. Hakikatnya beliau mungkin kelihatan tenang dan tidak perkauman, tetapi beliau mempunyai karakte yang meragukan. Beliau ialah Ketua Pemuda UMNO yang mengugut akan memandikan keris dengan darah kaum Cina pada satu rali di kampung Baru,Kuala Lumpur pada tahun 1987,tidak lama sebelum bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad melancarkan gerakan besar-besaran menangkap pemimpim2 pembangkang dan aktivis yang digelar operasi lalang.

Walau beliau mewarwarkan perlunya kesederhanaan,Najib memberi sokongan kepada kumpulan ekstrimis dan perkauman seperti Perkasa dan Jati. Rosmah sendiri hadir ke majlis anjuran Perkasa sebagai sokongan,memberikan indikasi bahawa penerimaan dan pengiktirfan dari pemimpin tertinggi.Sebagaimana kata para pengkritik,bagaimana rakyat boleh percaya beliau seruis berkenaan kesaksamaan dan keharmonian kaum?

Jadi apa kejayaan yang telah Najib capai selama ini?


Didalam negara,Najib tidak mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan dan apa yang konon nya dikatakan berjaya hanyalah rekaan semata. Beliau juga gagal membaiki imeh selelpas berbelanjan jutaan ringgit,dengan perundinag media dari UK yang tertangkap menaja berita yang secara sengaja menggambarkan Najib dalam imej postif kepada pemerhati anarabangsa.

Najib juga gagal membaiki UMNO.Beliau gagal memberi pimpinan parti yang diperlukan untuk memberi nafas baru kepada UMNO.UMNO masih ditakuk lama dengan tabiat menipu,membeli undi,menyebar propaganda palsu dan memberi imbuhan untuk menang pilihanraya.
UMNO masih tiada isi dan integriti,gagal mencari ahli baru yang berbabkat kedalam parti.Jika di bandingkan,PKR dan Pas lebih berjaya menarik golongan professional Melayu menyertai mereka berbanding UMNO.Perlu diberi perhatian kata singkatan ABU direka ketika zaman Najib- Anything But UMNO.


Di peringkat antarabangsa ,Najib terkenal dengan percutian mewah keluar negara dan perjumpaan dengan VVIP-jelas penuh kemewahan dan dibayar oleh pembayar cukai negara.The Global Movement of Moderates, yang dilancarkan oleh Najib pada 16 Januari 2012 sebagai tinggalannya kepada dunia, gagal. GMM ggal meraih sokongan kerana Najib bukan orang yang berkebolehan.Bila beliau bercakap berkenaan idea- idea mulia dan persamaan hak manusia diluar negara, di negara snediri beliau melaungkan retorik perkauman, amaran yang beliau akan terus memegang kuasa walaupun bermakna”crushed bocies’,”lost lives’ dan”ethnic cleancing”.

Tamparan paling hebat dalam cita-cita Najib diperingkat antarabangsa datangnya bulan lepas bila Washington Post menyiarkan berita bertajuk Najib juara “ champion of doubletalk” bila pemerintahan nya secara tidak sah menghantar pulang penulis Hamza Kashgari untuk menghadapau hukuman pancung kerana dakwaan murtad.

Mungkin, ketidakupayaan nyata beliau ialah kegagalannya mengawal isteri nya.Bagaimana seorang lelaki yang lemah boleh mengurus negara dengan hutang RM460 bil,dan tergelumang rasuah di setiap tahap dalam kerajaan nya. Memang Najib tidak berkeupayaan,beliau tidak sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri.UMNO tiada pilihan-siapa lagi kalau bukan Najib? Jika demikian, apa lagi UMNO?

Lagu Anwar Khas Untuk Najib......"Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang"



Teliti video ini. Najib ditanya tentang contoh Najis Mughallazah selain dari anjing. Ikuti video pada minit 1:46. Najib tidak boleh memberikan jawapan contoh najis Mughallazah dan berpaling kepada Muhyiddin. , dan akhirnya rakan murid yang bertanya itu membantu Najib dengan memberikan cadangan iaitu Babi. Najib akhirnya angguk dengan cadangan itu.

Laporan-laporan Audit yang mendedahkan betapa hebatnya Najib mentadbir negara..













Ada pihak yang berkata apa yang tersiar dalam laporan Audit 2011 ini membuktikan akan telusnya pentadbiran Najib.. perlu kita terima hakikat itu..




Tetapi dalam masa yang sama ianya juga membuktikan betapa lemahnya Najib dalam mentadbir negara jadi beliau perlu digantikan..




Laporan Audit 1




Mindef bayar RM3.2b untuk kuarters 'tak memuaskan'




Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.




Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.




Laporan itu menyebut, hanya satu daripada projek yang diaudit itu, yang merupaan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga.




Enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL – satu kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd.




Menurut laporan tersebut, USL didapati "tidak berpengalaman" dan pegawai teknikal syarikat itu pula "kurang kompeten" untuk menyiapkan projek tersebut.




Laporan Audit 2


Indah Water rugi hampir RM1 bilion – Audit




KUALA LUMPUR 15 Oktober: Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentang hari ini.




“Kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion.




“Prestasi kewangan IWK kurang memuaskan. Syarikat tidak mampu menjana keuntungan dan terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasinya,” tulis laporan tersebut.




Justeru, prestasi syarikat pembetungan nasional itu ditandakan sebagai ‘kurang memuaskan’ dalam laporan tersebut.




“Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya.




“Projek tidak dirancang dengan teliti. Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan bagi projek yang komponen utamanya gagal dalam pengujian dan pentauliahan,” jelas laporan berkenaan.




Laporan Audit 3


Audit tegur kerugian Rapid KL RM300 juta




KUALA LUMPUR 15 Oktober: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mencatat kerugian terkumpul sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM293.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.




“Prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat mengalami kerugian pada 2008 dan 2010, walaupun mencatat keuntungan pada 2009.




“Bilangan bas sedia guna bagi empat model iaitu Dong Feng 120, Iveco, Dong Feng 75 dan King Long Suzhou hanya mencapai kurang 50 peratus daripada keseluruhan bas sebenar,” jelas laporan itu.




LKAN 2011 turut menegur kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipan RapidKL yang kurang memuaskan, manakala peratusan bas boleh beroperasi tidak mencapai 100 peratus.




RapidKL ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta. Pada Jun 2009, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih RapidKL daripada Menteri Kewangan Incorporated dengan pegangan ekuiti 100 peratus.




RapidKL juga adalah pengendali sistem tren transit aliran Ampang dan Kelana Jaya serta pengangkutan bas di Kuala Lumpur dan sebahagian di Lembah Klang.




Laporan Audit 4


Projek jalan raya di Sarawak bermasalah, kata Ketua Audit Negara




KUALA LUMPUR, 15 Okt — Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini di parlimen mendapati projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di negeri Sarawak bermasalah malahan terdapat juga projek yang disifatkan sebagai “projek sakit” dan perlu diberikan perhatian.




“Sebanyak 101 projek bernilai RM437.57 juta yang disiapkan adalah tidak memuaskan, manakala 38 projek (37.6%) bernilai RM178.94 juta telah mengalami kelewatan antara 15 hingga 242 hari daripada jadual asal.




Sebanyak 13 projek sakit (17.6%) bernilai RM229.27 juta daripada 74 projek kerana kelewatan menepati jadual patut siap sebanyak 20%,” tulis laporan tersebut.




Lebih memeranjatkan, laporan itu juga mendapati projek pembinaan jalan yang telah siap tidak mengikut spesifikasi kontrak dan kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan tidak memuaskan pengguna jalan raya hasil daripada maklum balas yang diperoleh.




“Kebanyakkan projek yang tidak mengikut piawaian tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah seperti jalan terlalu berbukit, turapan bitumen nipis, jalan tidak rata, jalan cepat rosak dan berlubang.




“Di samping itu, lawatan oleh pihak audit juga mendapati tiga projek (satu di Miri, dua di Samarahan) pembinaan jalan baru dan naik taraf jalan sedia ada bernilai RM 28.75 juta tidak memasukkan keperluan membina culvert dan jambatan yang sesuai dalam skop kerja kontrak.




“Selain itu, semakan pihak audit terhadap 25 sampel projek telah mengenalpasti tiga projek bernilai RM22.54 juta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti ketebalan road base aggregate dan premix,” tulis laporan tersebut.




Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2011, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah diluluskan peruntukan untuk melaksanakan 175 projek dengan nilai asal kontrak berjumlah RM1.727 bilion.




Daripada 175 projek ini, sebanyak 146 projek bernilai RM1.104 bilion dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS) manakala sebanyak 29 projek lagi bernilai RM622.84 juta dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPSS).




Bagi menangani dan mengelak daripada mengulangi masalah sama, pihak audit telah mengesyorkan kepada KKLW supaya lebih teliti dan menyeluruh dalam setiap projek pembinaan jalan baru atau naik taraf supaya projek berjalan dengan lancar tanpa gangguan.




Pihak audit juga menegur JKRS selaku agensi pelaksanaan projek ini perlu merancang secara holistik supaya objektifnya tercapai dan memberi nilai wang serta hasilnya kepada pengguna, memastikan setiap projek menepati spesifikasi, standard dan kualiti yang ditetapkan dan seterusnya boleh memberi keselesaan kepada pengguna dan memantau pelaksanaan projek dengan memastikan kawalan kualiti dilakukan sepanjang proses pembinaan sehingga Certificate of Practical Completion (CPC) dikeluarkan.




Laporan Audit 5


Pensyarah sementara UiTM dilantik tanpa bukti tamat pengajian




Semakan audit mendapati 15 penerima biasiswa - yang terdiri daripada seorang peringkat PhD dan 14 peringkat sarjana - telah dilantik sebagai pensyarah sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2003 hingga 2009 tanpa bukti mengemukakan bukti telah tamat pengajian.




Mereka telah dilantik berdasarkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM, demikian menurut laporan maklum balas daripada Perbendaharaan Malaysia ke atas isu-isu utama dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti badan berkanun persekutuan serta pengurusan syarikat subsidiari bagi tahun 2011.




"Mengikut borang tersebut 15 penerima biasiswa itu menyatakan telah menamatkan pengajian tetapi masih belum menerima keputusan rasmi daripada Universiti berkaitan.




"Pelantikan ini adalah bertentangan dengan prosedur pelantikan pensyarah sementara kerana tidak mengemukakan bukti tamat pengajian," kata laporan tersebut.




Katanya, ini disebabkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM tidak menghendaki sesalinan skrol, transkrip atau pengesahan universiti tempat pengajian dikemukakan bersama sebagai bukti tamat pengajian.




"Oleh itu semua 15 pensyarah sementara ini telah berkhidmat selama dua hingga lapan tahun tetapi tidak dapat diserap ke jawatan tetap.




"Pada pendapat Audit, UiTM hendaklah mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi Universiti berkaitan bagi memastikan 15 pensyarah sementara tersebut telah tamat pengajian dengan jayanya," kata laporan tersebut.




Selain itu, tambahnya, UiTM perlu memastikan semua penerima biasiswa TPM mengemukakan bukti tamat pengajian dengan jayanya semasa melaporkan diri.




"UiTM memaklumkan pemegang biasiswa bertanggungjawab memberitahu UiTM jika ada perubahan status Ijazah sepertimana perkara 10 (d) dalam Memorandum Syarat-Syarat Tawaran Biasiswa.




"Selain itu, Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (Induk) pada 27/02/2012 telah membuat keputusan pemegang biasiswa TPM yang melaporkan diri selepas tamat tempoh pengajian tanpa mengemukakan salinan surat Senat bagi pengesahan tamat pengajian, tidak akan dilantik ke jawatan pensyarah," kata laporan itu lagi.




Menurut laporan itu, semakan Audit mendapati JPSM (Jabatan Pembangunan Sumber Manusia) dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap untuk pengurusan biasiswa TPM.




"Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur. Selain itu, Pejabat PUU tidak mempunyai prosedur kerja terperinci berkenaan tempoh masa dan kekerapan bagi pengeluaran notis serta surat peringatan," tambahnya.




Sementara itu, tambahnya, semakan lanjut terhadap 48 fail pemegang biasiswa TPM yang pecah kontrak di Pejabat PUU mendapati ia tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini, kata laporan itu lagi.




Menurutnya, proses kerja yang tidak lengkap menyebabkan tindakan undang-undang dan susulan sukar diambil kerana didapati lima fail tiada dokumen asal perjanjian dan surat tawaran. 30 fail tiada dokumen asal perjanjian dan kesemua 48 fail itu tiada kertas minit dan senarai semak kandungan.




Sementara itu, dalam jawapannya, UiTM memaklumkan mengenai penambahbaikan terhadap memorandum baru biasiswa dengan memasukkan klausa tambahan iaitu pegawai hendaklah mengemukakan surat Senat/surat pengesahan universiti tempat pengajian semasa atau selepas melaporkan diri sebagai bukti tamat pengajian.




UiTM juga telah memberi maklumbalas pada 25 Jun 2012 berdasarkan surat daripada Jabatan Audit Negara bertarikh 14 Jun 2012 mengenai Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Tahun 2011.




Dalam surat tersebut, UiTM memohon para 10.4.4.1 -“JPSM dan JPbSM tidak mempunyai prosedur kerja yang lengkap dengan pengurusan biasiswa TPM. Ini menyebabkan pengurusan biasiswa TPM tidak dapat diurus dengan teratur” digugurkan kerana JPSM tidak terlibat dengan pengurusan biasiswa TPM, hanya melibatkan urusan pelantikan TPM sebagai pensyarah.




JPbSM pula, jelas UiTM, mempunyai prosedur kerja yang lengkap dan terperinci melibatkan pengurusan biasiswa sepertimana yang telah dilampirkan selepas mesyuarat 'exit conference' pada 27 April 2012.




"PUU dalam proses merangka prosedur kerja yang lengkap melibatkan urusan mengambil tindakan undang-undang ke atas tindakan pecah kontrak.




"Bagi proses tindakan undang-undang, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia hanya mengemukakan salinan dokumen berkaitan untuk tindakan pihak PUU," jelas UiTM